Perubahan ketara berlaku kepada diri Hajah Esah, Hajah Esah jarang keluar rumah sejak balik dari Mekkah, jika keluarpun hanya sekadar mengambil angin ditaman. Hajah esah hanya memerap didalam bilik. Anaknya tahu perubahan ibunya, dulu ibunya sibuk bersembang dengan jiran tertangga hingga waktu Maghirb.
Anaknya bersyukur kerana Hajah Esah sudah insaf.
Tidak elok selalu mengambil tahu hal orang dan menyampaikan kepada orang lain. Kalau berita baik tidak mengapa, tetapi Hajah Esah menyampaikan berita yang boleh menjatuhkan maruah seseorang itu.
Kepetahan Hajah Esah memang sesuai dengan kerjanya sebagai penjual kain. Sambil menjual Hajah Esah menceritakan hal buruk orang lain.
Tetapi itu kisah dulu, kini banyak sudah berubah. Jiran-jiran tertanya kemana hilangnya Hajah Esah yang sewaktu ketika dahulu Hajah Esah lah ‘penyampai berita’ di Taman Indah Jaya itu.
“ saya sudah puas berborak, cukuplah,” begitau la kata Hajah Esah setiap kali jiran-jiran bertanya. Mungkin Hajah Esah sudah mendapat petunjuk di Mekkah begitu lah pendapat anak Hajjah Esah.
Pelbagai cerita yang didengar dari Tanah Suci berkenaan jemaah yang mendapat pembalasan disana. Ada cerita berkenaan anak derhaka menjerit-jerit kepanasan ketika sahaja kaki menjejak di Tanah Suci. Ada juga kisah seorang yang tamak kehilangan semua bekalan wang dan barang berharga di sana. Macam-macam pembalasan yang Allah tunjukkan.
Terpulang kepada manusia mengambilnya sebagai pengajaran dari setiap kejadian.
Suami kepada anak Hajah Esah mendesak isterinya supaya bertanya apa yang menyebabkan ibu mertuanya itu berubah secara drastik. Dengan penuh sopan , anak hajah Esah bertanya supaya ibunya tidak tersinggung.
Hajah Esah mahu menceritakan pengalamannya agar menjadi tauladan serta panduan kepada anak serta menantunya.
Selepas makan malam dan cucu-cucu Hajah Esah sudah tidur, barulah Hajah Esah menyampaikan sesuatu yang penting. Pertama kali Hajah Esah duduk diruang tamu sejak pulang dari Tanah Suci. Selalunya waktu begini Hajah Esah akan mengaji.
Ketika anak perempuan Hajah Esah menatang dulang berisi sedikit kuih serta seteko kopi dan cawan, Hajah Esah teringat arwah suaminya yang rajin membaca kitab agama. Selepas itu dia akan terus masuk tidur.
“ Kalau awak masuk syurga saya akan ikut sama, saya kan isteri awak jadi tak perlu saya belajar banyak sangat pasal ilmu agama,” jawapan Hajah Esah jika di ajak oleh suami mendalami ilmu agama.
Hajah Esah meneguk kopinya perlahan-lahan, “Zainal… Ika,” Hajah Esah memandang anak serta menantunya.dengan renungan penuh kasih sayang. “ Mak tak mahu kamu berdua risaukan mak, cuma mak mahu mengantikan semua kelalaian dahulu.
“ Mak tidak mendapat seksaan atau pemabalasan seperti yang korang risaukan, mak mendapat alamat ketika disana…. Tentang arwah ayah kamu,” ujar Hajah Esah, anak serta menantunya mendengar dengan teliti. Hajah Esah menyambung ceritanya.
“ Mak mimpikan ayah kamu disana, dalam mimpi itu mak melihat ayah kamu menyeberangi titian dengan mudah dan lancar tanpa halangan, tetapi apabila langkah terakhir, ayah kamu terjatuh. Tapi mak rasa ayah kamu seperti ditarik, api dibawah titian itu sangat panas dan marak dan membakar tubuh ayah kamu,” Hajah Esah menahan sebak menceritakan mimpinya itu.
“ Mak rungsing, mak nak tahu apa maksud mimpi tersebut, mak ceritakan kepada Ustaz Firdaus dan dia memberi pendapatnya, ayah kamu dapat menyeberangi titian itu kerana dia memang warak, tetapi kerana emak lah ayah kamu gagal pada langkah terakhir untuk sampai ke penghujung dan terhumban kebawah. Mak banyak buat silap, sebenarnya setiap perbuatan isteri menjadi tanggungan dan tanggungjawab suami,” katanya
“ Mak mahu menebus dosa mak terhadap ayah kamu dengan berdoa untuk ayah kamu supaya aman disana semoga Allah akan terima taubat mak dan makbulkan doa mak,” Hajah mengesatkan air matanya.
“ Kamu Zainal, bimbinglah Ika ajar lah ilmu agama yang secukupnya kepada dia, semoga Ika boleh menjadi isteri yang solehah dan kamu pula Ika, jangan jadi isteri derhaka, itu lah pesanan mak kepada kamu berdua, ”kata Hajah Esah sambil menuju ke bilik. Hajah Esah bersyukur kerana mendapat petunjuk atas kesilapanya.