Bahayanya Tomcat!!Baca!


Penduduk Surabaya diserang tomcat

JAKARTA - Serangan serangga Tomcat atau kumbang Paederus sejak beberapa hari lalu kini semakin menggemparkan penduduk beberapa kawasan di Surabaya, Jawa Timur apabila jumlah mangsa semakin meningkat.

Sehingga hari ini sejumlah 48 orang dilaporkan tercedera akibat bersentuhan dengan serangga itu dan terkena racunnya.

Mangsa yang bersentuhan dengan serangga itu biasanya mengalami masalah kulit timbul bintik-bintik, gatal berair dan meninggalkan bekas hitam pada kulit.

Ketua Pengarah Pengendalian Penyakit dan Kesihatan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Indonesia Tjandra Yoga Aditama dalam kenyataan media pada Selasa, berkata sebahagian daripada pesakit yang diberikan rawatan sudah sembuh sementara yang lain keadaan kulit mereka tidak begitu serius.

Jabatan Kesihatan Jawa Timur telah memberi penerangan kepada masyarakat supaya berwaspada dan menghindarkan diri daripada bersentuhan dengan serangga Paederus itu selain meminta mereka melakukan usaha pencegahan.

Tjandra Yoga menasihatkan masyarakat yang terjumpa serangga itu supaya jangan memicitnya agar racunnya tidak terkena pada kulit mereka.

Bunuh tomcat dengan menyembur racun serangga dan buang tanpa menyentuhnya.

Jika sentuhan pada kulit tidak dapat dielakkan, mereka hendaklah segera mencuci dengan air yang mengalir dan sabun bahagian kulit yang bersentuhan dengan serangga itu.

Penduduk juga dinasihatkan membersihkan kawasan persekitaran rumah dan memeriksa dinding serta siling rumah dekat lampu sebelum tidur. -


Info tentang Tomcat;


Orang panggil Charlie...
Ikut sains orang panggil kumbang rove...
Orang kampung panggil Semut Kayap....
Budak ngaji Elektrik di Universiti panggil Perintang...
Tapi ada juga yang panggil "si comel"...

Comel sebab bisanya 12 kali lebih kuat dari bisa King Cobra

Nasihat Berguna :
1. Kalau dah dihinggap pada badan, jangan dipukul nanti bisanya kena pada badan, jadi kena TIUP~~~
2. Kalau belum kena lagi pada badan, ambil racun serangga dan sembur sahaja...
3. Kalau dah banyak sangat kat asrama, cepat2 bagitau warden sebab benda ni BAHAYA!

Download