Dalam banyak budaya di dunia, kematian adalah sesuatu yang normal dan penuh mistik sehingga diperlukan sebuah upacara khas untuk menghormati atau mengenang menreka yang mati. Sepertinya pengebumian mayat dan kremasi adalah sebuah ritual kematian yang biasa ditemui. Namun, percayakah anda bahawa ada beberapa budaya membuang mayat, berdansa dengan mayat hingga yang paling mengerikan adalah ritual memakan mayat! ...
Pemakaman Tana Toraja
Pemakaman di kawasan Tana Toraja Indonesia adalah sebuah ritual agung. Upacara pemakaman disertai dengan muzik, tari-tarian dan pesta untuk beberapa tetamu. Difahami, kematian di sini adalah sebuah kesempatan mewah dengan harga yang mahal. Jadi, keluarga almarhum diberikan penangguhan, mereka tidak perlu menguburkan tubuh mayat dengan segera. Mereka hanya boleh membungkusnya dan menyimpannya di dalam rumah mereka, sementara mereka menabung untuk kos perkuburan. Tabungan boleh masa berminggu-minggu, bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementara waktu itu, mayat dianggap sebagai orang sakit dan dimasukkan ke dalam rutin sehari-hari. Sebuah perkuburan yang sebenarnya berlaku ketika keluarga melakukan upacara kematian dan peti mati ditempatkan di kubur berupa gua atau bergantung di tebing.
Pemakaman Langit
Iklim keras Tibet dan tanah berbatu-batu membuat perkuburan di sana terasa mustahil. Jadi, warga Buddha di Tibet sering pergi untuk sebuah 'pemakaman langit' di mana tubuh akan cincang, dicampur dengan tepung dan diatur sedemikian rupa agar dimakan oleh burung-burung pemakan bangkai. Mereka percaya bahawa tubuh hanyalah sebuah kapal untuk jiwa dan harus kembali ke alam.
Mumifikasi Diri Sendiri
Hal ini membuat ritual menjelang kematian terdengar seperti lelucon. Beberapa sami Buddha yang disebut Sokushinbutsu di Jepun tidak hanya melakukan bunuh diri, mereka juga melakukannya dengan cara yang dipercayai menyebabkan mereka menjadi mumia. Proses ini bermula dengan diet kacang dan buah-buahan digabungkan dengan kegiatan fizikal yang keras. Penghapusan lemak tubuh tercapai dengan langkah pertama. Langkah kedua melibatkan kehilangan cecair tubuh dan meracuni tubuh mereka untuk mengelakkan serangan ulat. Ini semua dengan mengambil kulit, akar dan teh beracun selama seribu hari.
Pada tahap terkini, biarawan itu akan memasuki sebuah makam batu, duduk dalam posisi lotus dan menunggu kematian. Dia akan membunyikan loceng setiap hari untuk membiarkan sesama biarawan tahu bahawa dia masih hidup. Dan kemudian ketika loceng tidak lagi berbunyi, para biarawan akan menyekat makam, menunggu 1000 hari lagi sebelum membukanya untuk mengesahkan mumifikasi itu.
Puasa Untuk Kematian
Vimla Devi, seorang wanita India melawan kanser, meninggal dunia pada 2006. Penyebab kematian itu bukan kanser tapi puasa selama 13 hari yang disebut santhara. Ini kematian sukarela dengan puasa yang dipraktikkan oleh Jain, sebuah komuniti yang percaya anti kekerasan terhadap semua makhluk. Santhara biasanya bermula setelah orang memutuskan bahawa tujuan hidupnya sudah tercapai dan bersedia untuk pemurnian spiritual. Dikenal ritual yang mirip, yang sering dianggap sebagai bentuk bunuh diri atau euthanasia. Namun, dalam komuniti, santhara menabukan hal ini.
Kematian yang mempesona
Orang-orang sekarang boleh 'memakai' orang yang mereka cintai di jari-jari mereka. Sebuah syarikat Amerika iaitu LifeGem menawarkan peluang bagi mereka yang mati dan dicintai menjadi sebuah berlian sintetik. Proses ini bermula dengan menangkap karbon dari tubuh pada saat dibakar dari almarhum. Karbon dari tubuh orang mati ini kemudian diubah menjadi grafit selanjutnya menjalani proses dengan suhu dan tekanan sangat tinggi untuk mendapatkan kristal berkilat seperti berlian. Harganya berkisar daripada $ 3500 hingga $ 20,000 bergantung pada saiz karat.
Pemakaman Dengan Penari bogel
Menghadiri upacara kematian boleh menjadi membosankan, kecuali ada penari bogel profesional di perkuburan. Di wilayah Donghai China, pemakaman sebenarnya simbol status. Reputasi orang mati dan kehormatan dianggap berbanding lurus dengan jumlah orang yang menghadiri pengkebumiannya. Jadi, keluarga menyewa penari bogel untuk menarik orang ramai. Pihak berkuasa China telah mula menindak amalan ini setelah gencarnya media memberitakan.
Peti mati Fantasi
Jika saja Elvis meninggal di Teshi (Ghana), maka dia akan dikuburkan dalam sebuah peti mati berbentuk gitar. Warga pinggiran Accran ini mempunyai kebiasaan menguburkan mereka yang mati dalam peti mati fantasi. Peti mati ini mengambarkan profesi almarhum. replika gergasi botol coke, buah-buahan atau 'gadget' lain akan dipaparkan di ruang pamer peti mati.
Exposure
Zoroastrianisme percaya bahawa selepas kematian tubuh hanya membuat pencemaran saja. Kremasi atau pengebumian dikesampingkan kerana mereka beranggapan akan mencemarkan unsur-unsur suci seperti api dan bumi. Jadi, mereka melakukan sebuah ritual yang disebut eksposure orang mati. Tubuh almarhum disimpan di menara yang disebut Tower of Silence dan dibiarkan dimakan oleh burung nasar. Amalan ini sekarang masih dilakukan di anak benua India. Berkurangnya populasi Hering burung pemakan bangkai di India telah menyebabkan proses ini menjadi mengerikan. Beberapa Gambar terkini, menunjukkan tumpukan mayat semakin membusuk di atas Tower di Mumbai (India), dan membangkitkan kontroversi dalam masyarakat.
Endocannibalisme
Mungkin ini ritual kematian terburuk yang pernah ada. Endocannibalisme adalah amalan di mana orang memakan tubuh orang yang mati. Idea di sebalik kebiasaan mengerikan ini adalah kepercayaan bahawa dengan memakan tubuh si mati, maka sekaligus akan 'menghisap' sifat-sifat almarhum untuk asimilasi roh. Beberapa suku di Amerika Selatan dan Australia dikatakan telah mempraktikkan ritual menyeramkan ini. Tapi banyak ahli akademik merasa endocannibalisme adalah tuduhan palsu dilemparkan oleh kolonial pada masa awal untuk mendapatkan alasan dominasi politik. Menurut antropologi Napoleon Changon, komuniti Yanomamo di Amerika Selatan masih makan abu dan sisa tulang orang yang mati setelah di kremasi.
Berdansa Dengan Orang Mati
Percaya atau tidak, orang Malagasi di Madagascar mengeluarkan orang mati dari kubur dan melakukan perayaan bersama-sama mereka. Ritual yang disebut Famadihana ini meyakini semangat almarhum akan bergabung dengan nenek moyang mereka setelah tubuhnya membusuk. Perayaan yang diiringi dengan tarian-tarian bersama mayat ini diadakan sekali setiap tujuh tahun sekali dan merupakan waktu reuni keluarga bersukacita.
ppeerrgghh...