Ditangkap Kerana Punya 8 Anak-China Lagi


Guangzhou - Pepatah banyak anak banyak rezeki rupanya tidak berlaku bagi pasangan asal Guangzhou, China ini. Gara-gara diketahui mempunyai lapan anak, Pasangan suami isteri ini terpaksa ditangkap di rumah mereka dan diharuskan membayar denda yang cukup besar.

Hal itu dilakukan oleh pegawai-pegawai tempatan kerana peraturan di China melarang pasutri mempunyai anak lebih dari satu. Pasangan itu mempunyai empat orang anak laki-laki dan empat orang anak perempuan. Kelapan anak tersebut sebelumnya dirahsiakan kewujudannya, Rahsia itu terungkap setelah pasutri tadi membawa anak-anaknya untuk bergambar bersama di sebuah studio foto.

Dari kelapan kanak-kanak tersebut, lima di antaranya dilahirkan oleh ibu pengganti. Pasutri itu memang sempat menggunakan ibu pengganti selepas menurut pemeriksaan doktor si wanita tidak boleh mempunyai anak. Namun tidak beberapa lama kemudian wanita tadi ternyata mengandung kembar tiga. Kelapan anak tersebut lahir dalam selang masa dua bulan di tahun 2010 lalu.

"Mengapa mereka perlu mengambil begitu banyak orang untuk mempunyai bayi untuk mereka? Adakah mereka fikir mereka punya hak untuk melahirkan anak hanya kerana mereka kaya? Kedua, apa yang ingin mereka tunjukkan? Kehamilan seperti sangat berisiko." Ujar Ketua Timbalan Kesihatan tempatan seperti yang dilansir dari Daily Mail, Sabtu, (24/12/2011). Dalam keterangannya, Pasutri yang termasuk keluarga kaya itu mengaku sebelumnya tidak pernah berfikir untuk memiliki ramai anak.
Download