Mestikah bercerai berai?


Di riwayatkan bahawa, makhluk setan telah buat usaha hari hari agar setiap dari anak adam yang bernama manusia ini supaya berzina atau menghampiri zina …,

Akrian, apabila seorang anak adam mengambil keputusan untuk berkahwin, maka patahlah tulang belakang setan ni kerana kecewa akibat telah gagal laksanakan mission possible dia, maka sebagai ganti: untuk anak adam yang dah berkahwin, akan datang setan lain yang lebih besar pangkat melaksanakan mission possible part two untuk menghasut manusia yang dah berkahwin.. maklumlah…, pahala amalan orang yang berkahwin dah dapat 700 kenaikkan, maka ujian dari setan juga tak kurang hebatnya dia punya kenaikkan..

Natijahnya, setan yang baru ini akan buat korang suami isteri saling benci membenci supaya korang bercerai berai.., sebab tu kadang kadang isteri kita bukan main cun lagi, tapi bila tengok isteri orang lain rasa berahi semacam.., tengok anak dara yang hakikatnya bini kita jauh lebih cantik tapi sebab setan ni dah berjaya memanipulated kita punya hati dan di tambah dengan sifat kita yang tak pernah bersyukur, maka bini monyetpun kita rasa berahi dan stim serta ghairah.., ish ish ish..

Jangan bersetubuh dengan binatang, dua dua kena hokum bunuh…,dan jangan jugak bersetubuh dengan bini orang, dua dua kena hokum bunuh…,oh!

Kemudian, bila setan dah berjaya buat hati isteri benci kat suami, hati suami menyampah tengok isteri, apa yang di buat serba tak kena, rasa nak marah sini sana…, salah besar jarum nampak macam salah besar bukit, isteri buat tomyam, rasa macam air serai panas bergaram, suami pulang lewat buat overtime, isteri tuduh suami tak prihatin pada rumahtangga, maka jaga jaga, jaga jaga…, awas!!!!

Janganlah sesekali korang wahai isteri-isteri marah suami di depan anak anak..
Jika korang betul, anak anak akan benci bapak dia..
Jika korang salah, anak anak akan benci ibu dia..!!!

Begitu jugak suami.., jangan marah isteri depan anak anak.., jangan sekali kali..
Jika korang betul, anak anak akan benci ibu dia..
Jika korang salah, anak anak akan benci engkau..!!! jangan sekali kali..
Dan bila dah start marah depan anak anak, anak anak jadi tension gila babi, dan bila anak anak dah pakat pakat benci mak bapak dia!! Maka bergoyanglah arasy, bercerai berailah sebuah ikatan, menangislah si ibu dan anak anak…, dan bergelak ketawalah setan durjana… ha ha ha!!-ketawa setan..

Jangan main main dengan Talak, bergegar tiang arasyh (walaupun bergurau), ya Allah, selamatkan lah kami dari ujian bercerai yang menggocang arasyMu..

Kemudian, mission possible part two setan tadi telah berakhir, setan buat pulak mission possible part three : iaitu bila dah bercerai, setan akan hasut balik suami dan isteri dengan nafsu berahi balik, tengok bekas suami rasa berahi semacam walaupun perut labuh mencecah lutut, suami tengok isteri yang bersaiz guni beras tetap stim berahi, walaupun dah cerai talak tiga..

Maka bekas pasangan ini, hati hati.., bila ambil peluang ziarah anak, hari pulak dah malam, jiran jiran tak tahu, di tambah ada hujan pulak kat luar, maka berzinalah bekas suami isteri dan yang lebih haru tak lapor kat jabatan ugama, apa jadi pada anak anak? Mak bapak dah lafaz cerai 3 kali tapi masih bersekedudukan, siapakah yang berjaya, yes! Setan telah berjaya membuatkan semua anak adam berzina walaupun dah kahwin…!!!

Maka pokok pangkalnya kita kena balik kepada iman dan taqwa.., bersyukur dengan apa yang ada, tahu muslihat setan dan buat usaha atas iman…

“Apa yang ada jarang di syukuri…apa yang tiada sering di risaukan..”
(raihan)

Tapi janganlah pulak salahkan setan 100% dengan alasan setan dah berjaya goda saya, korang tu yang tak bersyukur dengan nikmat Allah, macam mana Allah nak tambah???

Bersyukurlah dengan nikmat suami yang gaji kecik dan berperut labuh itu, dan bersyukurlah dengan nikmat isteri yang hodoh dan bersaiz guni beras itu..!!

Bersyukurlah…!!!
Nescaya Allah akan tambah nikmat ke atas kamu dan aku..

Thanks buat penulis..
Download