Camne nak start ni ye...tetiba je aku terpandang kelibat seseorng malam tadi...pernah nampak tapi x tahu siapa gerangan orngnya..mmm...umurnya aku agak2 dlm linkungan 50an..
agaknya lah..maybe lebih lagi kot..cuma aku nak sentuh disini dr segi etikanya berpakaian..
perrrgghh...kalah anak dara daaa..
Percayalah,orng lelaki bila memandang kaum Hawa berpakaian bukan setakat terbayangkan gitar atau biola,sekiranya tubuh leper macam piano pun lelaki tetap akan pandang juga.Tak caye??
Apa yang penting adalah cara berpakaian,anak dara dgn feyen anak dara lah,orang tua ngan fesyen orang tualah.Situasi ini mmg sangat2 harus diberi perhatian.Kalau yang selalunya nampak canggung adalah a/bila wanita 40an-50an memakai seluar pendek menampakkan peha dan betisnya yg penuh urat2 tu.Bayang kan kalau ibu2 atau nenek ni pakai baju yang menampakan pusat.
Amat...amat..amat...x tahu nak kata apa..
Tapi percayalah,pusat2 ibu2/nenek2 ni pastinya tak berseri spt pusat gadis sunti.Maka..wahai ibu2,wahai nenek2...tutuplah pusat itu.Banyak lagi fesyen yg up to date.
Bentuk tubuh badan seseorang juga tidak menghalang seseorang wanita utk bergaya selesa.Dunia ini bukan hanya utk gitar dan biola jew,tong gas pun ada tempatnya yg tersendiri.
Jadi pandai2lah memilih pakaian dan masaalahnya orang kita ialah suka menonjolkan keseksian
w/pun pada usia yang semakin senja.Yakinlah..sebagai wanita,tidak kira usia atau bentuk badan...kita tetap istimewa.