Bila sesekali tergigit lidah



Terus terang ada kalanya bahtera r/tangga aku tidak selalunya lancar dan tenang sepanjang 25 tahun ini.Ada hembusan angin sepoi2 bahasa,ada ribut,ada riak2 kecil di pesisir pantai,ada juga badai dan gelombang di laut dalam.
Memanglah tidak sampai ke tahap tsunami tetapi ombak dan badai sesekali melanda.Nama pun pelayaran mana mungkin tidak bertemu ombak.Waktu mula2 kawin semuanya indah...er..sekarang pun masih lagi indah sebenarnya..berjalan pun masih lagi berpimpin tangan.
Waktu bercinta dulu alam fantasi menguasai segala2nya hatta sanggup tidur berbantal lengan sekalipun,sanggup makan biskut kering dgn air embun,sanggup segalanya...itulah fantasi cinta!!!
Realitinya bila dah kawen usahkan berbantal lengan,bantal keras sikit pun dah mula bising2.Pendek kata kalau betul2 berbantalkan lengan...agak2nya 3 hari je boleh bertahan.Begitu juga janji nak makan biskut kering ngan air embun,kalau hari2 makan benda yang sama....pasti aku dikejar mak mentua.
Agaknya kalau dr awal2 lagi dia tahu aku tidur berdengkur mcm helikopter,sampai matipun dia takkan kawen dgn aku.Dah aku kaki berdengkur...nak wat macamana lagi?Tapi lama kelamaan kami dapat mempelajari,memahami dan yg lebih penting lagi menyesuaikan diri dgn pasangan kita.
Aku terima seadanya dia begitu juga sebaliknya.Dia juga akhirnya menerima helikopter ini.Mahu tidak mahu dia terpaksa juga memeluk helikopter ini...dan kini dialah cinta hati aku hingga akhir hayat.Begitulah kami akhirnya...sekarang a/bila usia makin menginjak ...jarang sekali kami bertengkar..malah kami jdikan gurauan sepanjang melayari hidup seharian.
Begitu pun aku selalu percaya pd pepatah lama..sedangkan lidah lagi tergigit....
Lidah mungkin tergigit,tapi pastikan gigi tidak patah.
Download