Tsunami di Jepun Satu Amaran Allah Untuk Manusia Kembali Mentauhidkan-Nya


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat 11.03.2011 selurauh dunia digemparkan dengan satu bencana besar gegaran gempa bumi 8.9 pada skala Richter hingga membawa kepada tsunami yang melanda negara Jepun . Gempa bumi kuat yang melanda timur laut Jepun kelmarin bukan hanya meragut 1700 nyawa, manakala 10,000 lagi dikhuatiri hilang malah meninggalkan kemusnahan besar termasuk ancaman radiasi dibahagian utara negara itu berikutan letupan di salah satu rektornya selain impak fizikal yang meyaksikan peralihan paksi bumi kira-kita 25 sentimeter. Anggaran kerugian sebanyak USD 15 Billion ( RM 52.5 Billion).

Malah gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter adalah salah satu gempa bumi kelima terkuat di dunia hingga menyebabkan kedudukan Pualu Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer. Impak yang diterima menurut pakar daripada Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi di Sumatera , sebelum ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Apakah peristiwa gempa bumi dan tsunami yang berlaku ini adalah sebagai bencana alam biasa sahaja atau ianya adalah perancangan Allah S.W.T untuk menyedarkan umat manusia bahawa kecangihan teknologi manusia tidak dapat mengatasi ketentuan Allah? Bila Allah berkata 'kun fayakun' jadi maka jadilah ia apa yang dikehendaki-Nya. Sebagai seorang mukimin kita wajib meyakini bahawa semua yang berlaku ini adalah satu perancanag daripada Allah S.W.T. seperti yang telah termaktup di Loh Mahfuz.

Untuk mengambil iktibar daripada peristiwa gempa bumi dan tsunami di Jepun ini bahawa kecangihan teknologi manusia yang dicipta oleh pakar-pakar Jepun untuk mencipata alat pengesan tsunami tidak berfungsi atau alat tersebut tidak mampu mengesan sesuatu peristiwa diluar jangkaannya. Biasanya apabila gempa bumi, tsunami, berlaku hujan, ribut, air laut pasang dan surut semuanya ada tanda-tanda yang Allah tunjukkan dan boleh dikesan melalui peralatan cangih ciptaan manusia (sebagai sunnahtullah) tetapi adakalanya apabila maksiat dan kekufuran itu sudah bermaharajalela maka Allah S.W.T. tidak memberi apa-apa petunjuk lagi lantas dihantar-Nya malaikat untuk mendatangkan bencana kepada manusia.
Akibatnya manusia tidak sempat menyelamatkan diri dan harta benda mereka kerana bala datang secara tiba-tiba.

Namun harus diakui bahwa kesalahan dan kemaksiatan yang terkait dengan hubungan antara manusia di dunia secara umum dan antara manusia dengan Allah dapat mengakibatkan kerusakan secara langsung. Apabila manusia kufur kepada Allah S.W.T, hidup hanya memperhambakan diri dengan hawa nafsu, bekerja siang malam tanpa semata-mata mengejar kemajuan dan keduniaan. Lupa diri untuk beribadah dan memperhambakan diri kepada-Nya, akibatnya Allah S.W.T menjadi murka dan di hantarnya musibah untuk menyedarkan manusia bahawa tidak ada kuasa yang lebih besar di dunia ini melainkan kekuasaan-Nya.

Petaka dan musibah yang kerap terjadi di seluruh dunia termasuk tanda-tanda kekuasaan Allah mengingatkan hamba-Nya. Bencana alam berupa gempa bumi, banjir , ribut taufan dan lainnya, disebabkan oleh perbuatan syirik dan maksiat yang dilakukan manusia.Firman Allah S.W.T maksudnya : “Nikmat apapun yang kamu terima, maka itu dari Allah, dan bencana apa saja yang menimpamu, maka itu kerana (kesalahan) dirimu sendiri.”
(Surah an-Nisaa ayat 79).

Ketika terjadi bencana, kita diminta segera bertaubat kepada Allah SWT, merendahkan diri pada-Nya dan memohon keselamatan dari-Nya, serta memperbanyak zikir dan istighfar. Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar.” (Surah ath-Thalaq ayat 2)).

Demikian pula seharusnya para pemimpin segera memerintahkan rakyatnya agar berpegang teguh pada kebenaran, kembali berhukum dengan syariat Allah, serta menjalankan amar makruf nahi mungkar.

Kerana di antara sebab terselamatkannya manusia dari berbagai keburukan adalah adanya pemimpin yang mengajak kepada kebaikan. Kemaksiatan yang dilakukan oleh individu, keluarga, dan masyarakat akan menimbulkan hilangnya nikmat yang telah dikecapi selama ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Firman Allah S.W.T maksudnya : "Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Surah ar-Rum ayat 41)

Dalam hal ini, Allah ingin memberikan pelajaran kepada mereka yang selalu membuat kerusakan dimuka bumi ini.
Dalam sirah menceritakan Madinah pernah juga terjadi gempa bumi. Waktu itu pada masa pemerintahan Khalifah Umar Ibn al-Khatab. Ketika gempa terjadi, Umar segera mengatakan kepada para sahabat yang lain, agar segera bertaubat kepada-Nya. Sebab, penyebab gempa itu adalah perbuatan maksiat. Pendekatan Umar ternyata benar. Apabila maksiat telah ditinggalkan maka sampai saat in, Madinah tidak pernah lagi ditimpa gempa bumi.

Sekarang ini maksiat telah berlaku di mana-mana di dunia ini hinggakan bumi inilah yang sudah tidak sanggub lagi dihuni oleh orang-orang yang selalu berbuat dosa, maksiat, dan juga berbuat curang, buat kerosakkan, dan saling berhasad dengki. Bahkan, manusia bangga dengan perbuatan dosa-dosa, dengan menceritakan kepada orang lain. Dan, ini merupakan kemungkaran yang telah merajalela di bumi ini. Di dalam sebuah ayat, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa langit, bumi dan gunung-ganang tidak sanggup melaksanakan amanah tetapi manusia sanggup memikulnya sedangkan manusia bersikap angkuh dan sombong.

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولا (الأحزاب (33:72)

Maksudnya:’’ Sesungguhnya kami Telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."
(Surah al-Ahzab ayat 72)

Jika diqiaskan dengan zaman sekarang. Banyak manusia merebut untuk memegang amanah rakyat, tetapi mereka berlomba-lomba melangarnya, bahkan kerana sifat tamak mereka sanggup bergaduh sesama mereka dan melakukan rasuah dan kecurangan. Begitu juga perintah Tuhan juga tidak perhatikan dengan sebaik-baiknya.

Nabi Saw pernah menceritakan, jika telah terjadi kemaskiatan yang sudah tidak boleh dikendalikan lagi oleh peringatan lisan atau tulisan. Sementara para ulama juga mulai sibuk dengan urusan dirinya sendiri. Melihat kemasiatan semakin bermaharajalela, maka nasihat yang paling sesuai ialah bencana.

Dari Buraidah r.a. berkata bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Tiadalah suatu kaum yang menahan zakat hartanya, kecuali Allah akan mendatangkan bencana kelaparan kepada mereka.”
(Hadis Riwayat Thabrani; at Targhib, Kanzul ‘Ummal)

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi peringatan mengenai semua penderitaan dan bencana di muka bumi ini yang sudah terjadi maupun yang akan datang dan juga memberitahukan penyebabnya. Bahawa apabila umat Islam sendiri telah melakukan berbagai keburukan maka mereka akan mendapatkan musibah . Bencana - bencana itu diantaranya berupa puting beliung, pembenaman ke dalam tanah, hujan batu dari langit, gempa bumi, kemenangan musuh terhadap orang Islam, wabak penyakit dan kerusuhan, kemarau panjang, ketakutan dalam hati, ditolaknya doa-doa orang soleh dan musibah - musibah lainnya. Semua musibah ini telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W 1.400 tahun yang lalu. Dan sekarang kita telah mengalami sebagian darinya. Setiap sabda Rasulullah adalah benar dan terbukti di hadapan kita. Alangkah baiknya jika memperhatikan peringatan-peringatan itu dan berwaspada terhadapnya.

Sahabt yang dihormati,
Dari berbagai rangkaian musibah, ujian dan bala bencana yang menimpa manusia diseluruh dunia, khususnya negeri kita, sebab-sebabnya dapat disimpulkan sebagai berikut.

Pertama: Kerana manusia mendustakan ajaran Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.

Kedua: Orang-orang yang hidup mewah (para pemimipin dan penguasa) tidak memperdulikan hak-hak dan kewajibannya kepada Allah S.W.T.

Ketiga: Kufur (ingkar) kepada ayat-ayat Allah dengan meninggalkan ajarannya dan Ulama warasatul anbiya’ (pewaris para Nabi), di hian dan difitnah. Mengingkari nikmat-Nya dan menukarkan kenikmatan itu dengan kekafiran.

Keempat: Para penguasa dan pembesar-pembesar kaum, menukar hukum Allah dengan hukum jahiliyah dan melempar hukum Allah dibelakang punggung mereka.

Kelima: Kesombongan intelektual dan kecenderungan masyarakat memilih serta mengikuti tradisi nenek moyang dengan ajaran sesatnya yang bertolak belakang dari hidayah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri kita dan kembali beriman dan bertaubat kepada Allah S.W.T. Janganlah meninggalkan tugas amar makruf nahi mungkar kerana Allah S.W.T akan menjadi murka bila kita tinggalkan tugas ini.

Rakyat Jepun walaupun mempunyai nilai kerja yang rajin dan bersungguh-sungguh tetapi apabila mereka tidak mentauhidkan Allah S.W.T. mengutamakan hidup di dunia saja dan tidak kembali kepada Islam maka memang layaklah menerima bencana besar gempa bumi dan tsunami. Di negara kita juga jika anak luar nikah semakin ramai , sek bebas berlaku dimerata tempat, sedangkan pemerentah dan umat Islam tidak mahu mencegah kemungkaran yang berlaku kita khuatiri musibah akan berlaku di negara kita , nauzubillahiminzalik.


oleh Abu Basyer pada pada 13hb Mac 2011 pukul 6.50 ptg
Download