Air kalau dicincang...putus ke??


     Kali ni akak nak sentuh sikit isu pasal gaduh antara adik beradik atau sedara-mara ni.
Adalah baik jika ada dikalangan kita yang gaduh-gaduh manja dengan adik beradik atau sedara-mara tu cuba untuk bermaaf-mafaanlah yer.. Bukan apa, adik beradik/sedara mara ni darah daging kita juga..Air yang dicincang takkan putus tak gitu.. Buangkanlah yang keruh tu, ambil pula yang jernih..selama mana nak bergaduh adik beradik/sedara-mara, kan? Nak kekalau kasih sayang yang dikorbankan, betul tak? Sedihnya kalau jadi cam tu..



Selaku yang tua, mengalah dengan yang muda, tak gitu? Yang muda pulak, biarlah hormatkan yang tua. Mohonlah maaf. Tegur menegurlah… Kasihankan orang sekeliling yang berada disamping anda. Fikirkanlah perasaan orang sekeliling anda tu. Anda bergaduh, mereka yang sedih dan susah hati. Tersepit… Tak tahu dan tak mahu menyokong mana-mana pihak. Payah kalau menyokong mana-mana pihak..nanti terlibat sama dalam ’cerita gaduh’ tu. Tak pasal-pasal korang berbaik-baik, yang tersepit tu pulak yang dijadikan musuh sebab dikatakan bermuka-muka..payah! Jadi janganlah sengketa. Susahkan hidup orang lain jer bila bergaduh ni..
Tak letih ke bergaduh? Letihkan? Ada untung? Tak ada, kan? Puas hati? Tak jugak kan? Abis tu buat apa gaduh?
Buang masa saja… Dah besar panjang, Umur pun bukan muda lagi,kan? Jadi berfikir guna akal bukan guna emosi. Tak de pekdahnya.

Pening..pening..pening....
Download